This page is a translated version of the page Main Page and the translation is 100% complete.
Video "Apa itu Wikipedia?" dalam bahasa Sepanyol dengan sari kata dalam pelbagai bahasa.

Capaian. Cara Wikimedia.

Wiki khidmat kemasyarakatan berfungsi sebagai pusat untuk beberapa program khidmat masyarakat dan inisiatif berbentuk kerjasama. Ia adalah sumber rujukan, koleksi pelbagai pendekatan amalan baik, dan pusat koordinasi untuk mana-mana aktiviti yang akan dijalankan kepada umum, untuk institusi kebudayaan, atau untuk program pendidikan.

Misi kami adalah untuk merekrut dan menyokong ahli Wikimedia baru dan membina hubungan yang kuat dengan rakan dalam bidang kebudayaan dan pendidikan. Kami memerlukan pertolongan anda dalam memastikan platform berkolaborasi ini semakin membesar, terbaik, dan semakin berguna. Banyak yang perlu dilakukan.


GLAM

Projek ini bekerjasama dengan galeri, perpustakaan, pusat arkib dan muzium untuk membawa bahan kebudayaan ini di atas talian.

Pendidikan

Portal Pendidikan Wikimedia menghubungkan orang-orang yang menggunakan Wikipedia dan projek yang berkaitan dalam pendidikan di seluruh dunia.